Home > Islam > Rejab…

Rejab…


Rejab datang~

Rejab datang~

“Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim)

“Eh,we la… esok dah 1 rejab…!” Jepah berkata, sambil  melihat kalendar…

“weh~cepak nyo ssegho!!” Aku terkejut…Dah masuk Rejab rupanya…Hu~ Cepat masa berlalu…2 bulan lagi nok Ramadhan doh,

Balik rumah hari ni, setelah 7 HARI terseksa di asrama~terus je on9 and terbaca satu blog, terdapat petikan hadis…

“Rajab bulan ALLAH, Syaaban bulanku dan Ramadhan bulan Ummatku”

Rejab bulan Allah?? Pelik je bunyinya kan2?? Rasanya pernnah terbaca perbincangan tentang hadis ni…Hadis maudhuk???? Google2~hihi

hoh~baca ni…

Kopy n paste dari blog ustaz nik Abduh~Anak tok guru nik aziz ni!

****************************************

Adakah Rajab bulan Allah?

Benarkah bulan Rajab adalah bulan Allah sebagaimana didendangkan di dalam ceramah dan khutbah Jumaat oleh sesetengah pendakwah bahawa ianya dinukilkan daripada hadis nabawy yang berbunyi, ” Rajab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadhan bulan umatku.”? Apakah hukum meriwayatkan dan menyebarkan hadis yang tidak benar daripada ar Rasul sallaLlahu alaihi wasallam?

Asy Syeikh Dr Yusuf al Qaradhawi menjawab:

Tiada satu pun nas berkenaan bulan Rajab kecuali yang menjelaskan kemuliaannya sebagai salah satu daripada 4 bulan yang haram ( al asyhur ul hurum ) sebagaimana di dalam Al Quran ( at Taubah: 36 ) iaitu Rajab, Zulqaedah, Zulhijjah dan Muharram. Bulan – bulan haram adalah penuh kelebihan.

Tiada satu pun Tihadis yang sahih warid daripada RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam yang menyatakan kelebihan bulan Rajab secara khusus kecuali satu hadis yang hasan: Bahawa RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam paling banyak berpuasa di bulan Syaaban. Lalu baginda ditanya mengenainya. Baginda menjawab, ” Ia ( Syaaban )adalah bulan di antara Rajab dan Ramadhan yang dilalaikan oleh manusia ( kelebihannya ).”

Maka, difahami daripada sabda itu bahawa bulan Rajab mengandungi kelebihan yang telah jelas diingati berbanding Syaaban.

Adapun hadis, ” Rajab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadhan bulan ummatku.”, maka ia  adalah satu hadis yang munkar ( tak dikenali )dandhoif jiddan ( terlalu lemah ), bahkan kebanyakan ulama hadis menyifatkannya sebagai sebuah hadis maudhu’ ( palsu ).

Tiada harganya daripada sudut ilmiah mahupun ugama.

Demikianlah segala hadis yang diriwayatkan berkaitan bulan Rajab bahawa sesiapa yang solat sekian maka untuknya sekian dan siapa beristighfar ( di bulan Rajab ) sekali maka untuknya sekian, maka itu semua adalah melampau – lampau dan pembohongan ke atas ar Rasul.

Antara tanda nyatanya pendustaan dalam hadis – hadis tersebut ialah wujudnya perihal kelebihan atau ancaman azab yang melampaui batas. Para ulama berkata, sesungguhnya janji manis dengan pahala yang besar atas amalan baik yang kecil dan janji buruk dengan azab yang pedih atas amalan dosa yang kecil adalah antara tanda bahawa ianya adalah hadis yang dusta dan palsu.

Ini sebagaimana dendangan periwayatan palsu bahawa baginda bersabda, “Sesuap yang dimasukkan ke dalam perut orang yang lapar adalah lebih baik daripada membina seribu buah masjid.”

Hadis – hadis yang diriwayatkan mengenai kelebihan bulan Rajab adalah daripada kategori ini. Adalah menjadi kewajiban ulama untuk menyedari kepalsuan hadis – hadis sebegini dan mengingatkan manusia daripadanya.

Telah warid ( datang ) daripada baginda, ” Barang siapa yang meriwayatkan satu hadis yang dia tahu kebohongannya, maka dia termasuk daripada kalangan yang berbohong juga.”

Tetapi biasanya seseorang itu tidak tahu bahawa dia sedang meriwayatkan hadis yang palsu. Justeru adalah menjadi kewajibannya untuk tahu dan mengambil hadis – hadis daripada sumbernya yang betul.

Di sana terdapat kitab – kitab hadis yang muktamad ( dipegang ) dan terdapat kitab – kitab yang khusus menyatakan mengenai hadis – hadis yang lemah dan palsu seperti‘al Maqasid al Hasanah’ oleh as Sakhawi, ‘Tamyiz al Thayyib min al Khabith lima yaduru ‘ala alsinati an nas min al hadith’ oleh Ibn ad Diba’, ‘Kasyf al khafa wa al ilbas..’ oleh al ‘Ajluni dan banyak lagi yang sayugia diketahui oleh para khatib dan penceramah ugama.

Mereka mesti menekuninya sehingga tidak lagi meriwayatkan kecuali hadis – hadis yang dipercayai kesahihannya. Hadis – hadis palsu ini sebenarnya adalah antara penyakit yang meracuni thaqafah Islamiah kita umat Islam. Ia tersebar melalui lidah para penceramah, buku – buku dan cakapan awam sedangkan ia adalah dusta dan anasir perosak dalam agama kita.

Adalah sayugia kita menyucikan dan menjernihkan thaqafah Islamiah kita daripda hadis – hadis jenis ini.

********************************************

Hoh!!,so berhati-hatilah ya…Sia-sia je ngaji PQS…Kalu dale frenster, islamik sangat la tuh, forward message2~x kaba  mengandungi  hadis palsu!

Advertisement
Categories: Islam
  1. June 26, 2009 at 7:24 am | #1

    first of all,
    aku benci forwarded message,
    haha.

    selamat beramal ibadah dalam bulan mulia ini!
    ^_^

    • tsaqif
      June 26, 2009 at 7:26 am | #2

      hihi,,
      aku beci gok..
      nnamo rima tahu..

      ~selamat beramal~

  2. July 1, 2009 at 9:22 am | #3

    alhamdulillah

    antalah pejuang islam sejati ~ ameen

    • tsaqif
      July 1, 2009 at 12:24 pm | #4

      amin juga~Ameen..
      huhu..
      lucu pulop…>.<

  3. sha
    July 2, 2009 at 9:07 am | #5

    salam.
    huhu. dok patut jdik gni.
    niat dh bek doh,nok soh org beramal..tp..dok kne care pulok..hadoi.
    moralnye;
    -klu dpt forwrded msg, ignore,lbh2 lg if mragu2kn n yg mlibtkn amal ibdt.
    -klu rjin,search je kt google. “mklmt kini di hjung jari” jz nk pstikn kesahihanny je la.
    -lain2? mung pkir sndri~ haha

    • tsaqif
      July 2, 2009 at 9:15 am | #6

      ya!
      betul tu!
      huhu
      x reti eh nok replys meseh2 nih…hihi
      yang pasti keno pege hadis nih!!
      “Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim)

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.