Hidup baru!
…
pindah link baru www.tsaqeef.wordpress.com
azam baru~sempena SPM 2009 :p
nk delete entry lama2…hampeh tol
bye~jumpa lagi!!!
Rejab…

Rejab datang~
“Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim)
“Eh,we la… esok dah 1 rejab…!” Jepah berkata, sambil melihat kalendar…
“weh~cepak nyo ssegho!!” Aku terkejut…Dah masuk Rejab rupanya…Hu~ Cepat masa berlalu…2 bulan lagi nok Ramadhan doh,
Balik rumah hari ni, setelah 7 HARI terseksa di asrama~terus je on9 and terbaca satu blog, terdapat petikan hadis…
“Rajab bulan ALLAH, Syaaban bulanku dan Ramadhan bulan Ummatku”
Rejab bulan Allah?? Pelik je bunyinya kan2?? Rasanya pernnah terbaca perbincangan tentang hadis ni…Hadis maudhuk???? Google2~hihi
hoh~baca ni…
Kopy n paste dari blog ustaz nik Abduh~Anak tok guru nik aziz ni!
****************************************
Adakah Rajab bulan Allah?
Benarkah bulan Rajab adalah bulan Allah sebagaimana didendangkan di dalam ceramah dan khutbah Jumaat oleh sesetengah pendakwah bahawa ianya dinukilkan daripada hadis nabawy yang berbunyi, ” Rajab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadhan bulan umatku.”? Apakah hukum meriwayatkan dan menyebarkan hadis yang tidak benar daripada ar Rasul sallaLlahu alaihi wasallam?
Asy Syeikh Dr Yusuf al Qaradhawi menjawab:
Tiada satu pun nas berkenaan bulan Rajab kecuali yang menjelaskan kemuliaannya sebagai salah satu daripada 4 bulan yang haram ( al asyhur ul hurum ) sebagaimana di dalam Al Quran ( at Taubah: 36 ) iaitu Rajab, Zulqaedah, Zulhijjah dan Muharram. Bulan – bulan haram adalah penuh kelebihan.
Tiada satu pun Tihadis yang sahih warid daripada RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam yang menyatakan kelebihan bulan Rajab secara khusus kecuali satu hadis yang hasan: Bahawa RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam paling banyak berpuasa di bulan Syaaban. Lalu baginda ditanya mengenainya. Baginda menjawab, ” Ia ( Syaaban )adalah bulan di antara Rajab dan Ramadhan yang dilalaikan oleh manusia ( kelebihannya ).”
Maka, difahami daripada sabda itu bahawa bulan Rajab mengandungi kelebihan yang telah jelas diingati berbanding Syaaban.
Adapun hadis, ” Rajab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadhan bulan ummatku.”, maka ia adalah satu hadis yang munkar ( tak dikenali )dandhoif jiddan ( terlalu lemah ), bahkan kebanyakan ulama hadis menyifatkannya sebagai sebuah hadis maudhu’ ( palsu ).
Tiada harganya daripada sudut ilmiah mahupun ugama.
Demikianlah segala hadis yang diriwayatkan berkaitan bulan Rajab bahawa sesiapa yang solat sekian maka untuknya sekian dan siapa beristighfar ( di bulan Rajab ) sekali maka untuknya sekian, maka itu semua adalah melampau – lampau dan pembohongan ke atas ar Rasul.
Antara tanda nyatanya pendustaan dalam hadis – hadis tersebut ialah wujudnya perihal kelebihan atau ancaman azab yang melampaui batas. Para ulama berkata, sesungguhnya janji manis dengan pahala yang besar atas amalan baik yang kecil dan janji buruk dengan azab yang pedih atas amalan dosa yang kecil adalah antara tanda bahawa ianya adalah hadis yang dusta dan palsu.
Ini sebagaimana dendangan periwayatan palsu bahawa baginda bersabda, “Sesuap yang dimasukkan ke dalam perut orang yang lapar adalah lebih baik daripada membina seribu buah masjid.”
Hadis – hadis yang diriwayatkan mengenai kelebihan bulan Rajab adalah daripada kategori ini. Adalah menjadi kewajiban ulama untuk menyedari kepalsuan hadis – hadis sebegini dan mengingatkan manusia daripadanya.
Telah warid ( datang ) daripada baginda, ” Barang siapa yang meriwayatkan satu hadis yang dia tahu kebohongannya, maka dia termasuk daripada kalangan yang berbohong juga.”
Tetapi biasanya seseorang itu tidak tahu bahawa dia sedang meriwayatkan hadis yang palsu. Justeru adalah menjadi kewajibannya untuk tahu dan mengambil hadis – hadis daripada sumbernya yang betul.
Di sana terdapat kitab – kitab hadis yang muktamad ( dipegang ) dan terdapat kitab – kitab yang khusus menyatakan mengenai hadis – hadis yang lemah dan palsu seperti‘al Maqasid al Hasanah’ oleh as Sakhawi, ‘Tamyiz al Thayyib min al Khabith lima yaduru ‘ala alsinati an nas min al hadith’ oleh Ibn ad Diba’, ‘Kasyf al khafa wa al ilbas..’ oleh al ‘Ajluni dan banyak lagi yang sayugia diketahui oleh para khatib dan penceramah ugama.
Mereka mesti menekuninya sehingga tidak lagi meriwayatkan kecuali hadis – hadis yang dipercayai kesahihannya. Hadis – hadis palsu ini sebenarnya adalah antara penyakit yang meracuni thaqafah Islamiah kita umat Islam. Ia tersebar melalui lidah para penceramah, buku – buku dan cakapan awam sedangkan ia adalah dusta dan anasir perosak dalam agama kita.
Adalah sayugia kita menyucikan dan menjernihkan thaqafah Islamiah kita daripda hadis – hadis jenis ini.
********************************************
Hoh!!,so berhati-hatilah ya…Sia-sia je ngaji PQS…Kalu dale frenster, islamik sangat la tuh, forward message2~x kaba mengandungi hadis palsu!
Laskar Pelangi…

:'( laskar pelangi
mungkin adalah kunci
untuk kita menaklukkan dunia
telah hilang
tanpa lelah sampai engkau
meraihnya
laskar pelangi
takkan terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa
raih bintang di jiwa
menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersukurlah pada yang kuasa
cinta kita di dunia
selamanya…
cinta kepada hidup
memberikan senyuman abadi
walau ini kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita
laskar pelangi
takkan terikat waktu
jangan berhenti mewarnai
jutaan mimpi di bumi
menarilah dan terus tertawa
walau dunia takseindah surga
bersukurlah pada yang kuasa
cinta kita di dunia
selamanya…
Isk2…sedih giler cerita ni, nak keluar air mata tau…
sapa2 yang tak tengok lagi, tengok la ya…
Laskar Pelangi telah berjaya menghimpunkan seribu rasa kemanusiaan, harapan murni yang tinggi menjulang anak-anak kampung terpencil di pedalaman, kisah suka duka persahabatan yang ikhlas dan mulus, kisah pengembaraan di alam semulajadi yang hebat dan kadang-kadang kelam, imaginasi tanpa batasan, dan keterpaksaan manusia tunduk pasrah kepada sebuah takdir. Secebis harapan Laskar Pelangi telah menunjuki jalan untuk menuju masa depan yang gemilang! – http://mohamadzaki.multiply.com
17…
30 April 1992…
30 April 2009…
Aku sudah 17 tahun…!
Kenapa??

Rasa macam tak percaya, perasaan sedih, benci dan marah bercampur baur. Tatkala aku menziarah blog-blog yang berada di dunia maya ini, aku terjumpa satu blog, seorang yang boleh dikatakan senior aku, baru sahaja keluar dari maahad selepas SPM..
Entah bagaimana hendak aku gambarkan perasaan aku selepas membaca blog tersebut, aku terfikir di manakah segala ilmu agama yang dia telah pelajari selama 5 tahun di maahad, di manakah segalanya dilempar, dibuang!
Aku pasti, guru manakah yang tidak kecewa jika melihat telatah anak muridnya nya yang telah jauh dari agama, sedangkan setelah 5 tahun dididik, akhirnya hanya sebulan selepas itu, segalanya hancur setelah keluar dari sekolah.
Bangga benar agaknya menayangkan maksiat yang dilakukan!
Bahkan tidak termasuk lagi maksiat-maksiat maya di friendster2, aku tak percaya,bila melihat profile2 dan gambar2 yang dipaparkan mereka, seolah-olah bagaikan orang tidak pernah belajar agama..Amat menyedihkan! Tanpa segan silu berani memaparkan gambar-gambar yang
Oh…Wahai kawan-kawanku, di mana korang letakkan agama yang kau pelajari? Di mana perasan takut korang terhadap Allah?
Kadang-kadang terasa takut pula untuk memikirkan cabaran yang bakal dihadapi setelah keluar dari maahad nanti. hmm…
Ya Allah, janganlah kau palingkan hati kami setelah kau berikan hidayah kepada kami, sesungguhnya engkaulah yang maha pengasih (ali-imran:8)
Antara Dua…

Ir. Nizar!

Inilah pemimpin!
Disayangi rakyat!
Kasih seorang pemimpin!
Gambar di bawah perlukan pentafsiran anda
Tengok la ni~Kelihatan Dato' Sri Najib sedang dibodek sebegiru rupa~
Dan ini~wakakak~

BZzzZZZzzzZZ
UNDILAH PAS PRK PARLIMEN BUKIT GANTANG!

Undilah PAS!
Tinggal di asrama membuatkan aku terlepas dari mengikuti sebarang isu semasa, hanya mengharapkan akhbar Utusan Meloya dan Berita Harian di asrama. Berita yang terlalu bias kepada parti pemerintah UMNO menyebabkan aku memilih untuk langsung tidak membaca akhbar tersebut, kalau bacapun buat sakit hati! Sialan BN..
Balik rumah bukak TKO, tengok-tengok si kerajaan ‘gilavavi’ ni dah gantung permit Harakah..Aduh!! Sakitnya hati, dah la semua media dikuasai, ni dah terdesak sangat sampai macam ni…Bersabarlah wahai pejuang!
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar yang mengesahkan perkara itu dilaporkan berkata, tindakan berkenaan tidak dapat dielak kerana kedua-dua akhbar itu didapati memutar belit fakta, mengelirukan maklumat dan percubaan menyuntik perasaan benci orang ramai terhadap kerajaan dan pemimpin.
Persetan~
source:www.bharian.com.my
Natijah Perjuangan
KOTA BHARU, 12 Mac (Hrkh) – Tidak mengabaikan pelajaran di mana sahaja berada menjadi resepi kejayaan buat Muhammad Afnan Mohd Fakrurazi, pelajar terbaik Maahad Muhammadi (Lelaki) dalam peperiksaan SPM 2008.

Tahniah~
Beliau mendapat keputusan cemerlang iaitu 12A1 dan 1A2.
Manakala rakannya Muhammad Zulfadhli Mahadi pula mendapat 11A1 dan 2A2, Muhamad Syiham Rosli (11A1 dan 1A2) dan Aimatnuddin Husairi Hussain (11A1 dan 1A2).
Turut mendapat keputusan cemerlang Ahmad Zulfahmi Sha�ari (11A1 dan 1A2), Muhammad Firdaus Mazri (10A1 dan 2A2), Mohd Naim Kamaruddin (10A1, 1 A2 dan 1 B3), Mohd Hilmi Mohd Rosli (7A1, 5A2 dan 1B3).
Manakala Mohammad Haseef Izani mendapat 6A1, 5A2 dan 2B3 dan Wan Muhammad Adlan Wan Muhammad (7A1, 4 A2 dan 1 B3).
Pengetua Maahad Muhammadi (lelaki), Zainuddin Che Ismail berkata, pencapaian tahun lepas meningkat berbanding sebelumnya, dan berharap ia dapat ditingkatkan lagi tahun ini.
Sementara itu, pelajar terbaik Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) sekolah itu Ahmad Hamidi Hussain mendapat 10 Mumtaz.
Pelajar cemerlang lain ialah Ahmad Shakir Muhammad Faleh (9 Mumtaz dan 1 Jayyid Jiddan), Ahnaf Wafi Alias (9 Mumtaz dan 1 Jayyid Jiddan), Muhamad Za’imul Umam Shamsudin (9 Mumtaz dan 1 Jayyid Jiddan).
Umar Muhammad Malcom (9 Mumtaz dan 1 Jayyid Jiddan), Muhamad Najib Muhamad Azani (8 Mumtaz dan 2 Jayyid Jiddan) dan Mohd Faiq Ab Rahim (8 Mumtaz dan 2 Jayyid Jiddan).
Ahmad Hamidi ketika ditemui berkata, beliau sentiasa meletakkan dirinya dalam keadaan tidak relaks dan bertungkus lumus dari awal lagi.
“Selain itu, berbincang dengan kawan. Kita hendaklah yakin dengan teknik perbincangan selain yakin dengan ajaran guru,” katanya.
Manakala Muhammad Afnan berpendapat teknik belajar hendaklah lebih bersistematik.
“Jangan terlalu rasa tertekan dengan pelajaran. Hendaklah sembahyang hajat setiap hari, dan sebelum pergi sekolah dan sebelum memasuki peperiksaan hendaklah sembahyang sunat Isyraq,” katanya.
Muhammad Syiham berkata, belajar hendaklah fokus kepada subjek dan jangan bertangguh menyiapkan kerja sekolah. – mj_
Pembohongan Tv3 ‘suku’!
Boleh dilihat disini!http://www.youtube.com/watch?v=juywPqMFKG0
Namun begitu, peristiwa sama yang berlaku kepada Pelajar Terbaik Negara 2006 berulang lagi, gara-gara kerana malu untuk mengiktiraf kejayaan pelajar sekolah Yayasan Islam Kelantan yang satu ketika dahulu ditarik bantuan perkapita oleh pihak kerajaan sehingga sekarang!
Buletin utama tv3 jam 8.00 malam ini sekali lagi telah membohongi rakyat malaysia dan kelantan khasnya apabila menyatakan pelajar terbaik SPM 2008 peringkat negeri Kelantan adalah pelajar dari SMKA Naim Lilbanat sedangkan beliau adalah dari Maahad Muhammadi Lilbanat (perempuan).
Sebuah sekolah agama kerajaan negeri Kelantan. Rakaman temuramah sebenarnya dibuat di dewan sekolah tersebut di Jalan Merbau, Kota Bharu bukannya di Pasir Mas yang turut dihadiri oleh Yang Berhormat pengerusi jawatankuasa pendidikan, pembangunan islam dan dakwah negeri kelantan. Cukuplah pembohongan tv3. missnureen
Harakah Daily
Pelajar Maahad Muhammadi Perempuan, Nik Nor Madihah Nik Mohamad Kamal, 18 mendapat 20A (19A1, 1A2) dipercayai pelajar terbaik SPM 2008 peringkat kebangsaan.
Anak nelayan dari Kampunug Sabak, Pengkalan Chepa menerima slip keputusan tersebut daripada anggota Exco kerajaan negeri, Ustaz Mohd Amar Abdullah di sekolah tersebut hari ini.
Dengan keputusan itu Nik Nur Madihah juga meraih pelajar paling cemerlang di Kelantan dalam peperiksaan terbabit.
Tiga tahun lalu, pelajar sekolah yang sama Siti Fatimah Mukhtar muncul sebagai pelajar cemerlang negara apabila mendapat 18A (17A1 dan 1A2).
Seorang lagi pelajar, Nor Farah Aisyah Nazim, 18 memperolehi keputusan 17A.
Manakala Suhazlinda Ghazali diumumkan sebagai pelajar cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) apabila memperolehi pencapaian 10 mumtaz dalam peperiksaan itu tahun lepas.
Hadir sama pada majlis penuh bersejarah tersebut, ibu Nik Nur Madihah, Mariani Omar, 42 dan ayahnya Nik Mohammad Kamal.
Turut hadir Ketua Penolong Pengarah Yayasan Islam Kelantan (Yik), Ustaz Zakaria Mohamad dan penolong-penolong pengarah Yik, tenaga pengajar sekolah terbabit, pelajar serta ibu bapa serta pelajar cemerlang SPM 2006, Siti Fatimah.
Mohd Amar ketika mengumumkan keputusan berkenaan berkata, sebanyak 17 sekolah Yik memperolehi keputusan peperiksaan 100 peratus dalam SPM termasuk Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah yang pertama kali menduduki SPM.
Katanya, dua pelajar Maahad Tahfiz Sains mendapat 11A.
“Pencapaian keseluruhan membanggakan memandangkan tahun 2007 hanya 15 sekolah Yik memperolehi kelulusan 100 peratus,” katanya.
Beliau juga berkata, seramai tiga pelajar memperolehi keputusan 13A, 11 orang (12A) dan lima orang (11A).
Kata beliau secara keseluruhannya pencapaian peperiksaan SPM 2008 meningkat sebanyak 2.45 peratus apabila melonjak kepada 98.01 peratus.
Mohd Amar juga meluahkan rasa kecewa apabila keputusan peperiksaan tersebut lewat diumumkan kerana kurang mendapat kerjasama pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan (JPN).
Difahamkan pegawai JPN melengah-lengah penyerahan slip keputusan sekolah agama kepada pegawai Yik yang datang mengambil keputusan tersebut pagi tadi.
“Tak perlulah kita nak sorok atau rahsiakan kejayaan pelajar Maahad Muhammadi Perempuan. Apa salahnya kalau dimaklumkan awal kepada kami,” ujarnya.
Mohd Amar juga berkata, antara rahsia kejayaan pelajar agama di bawah Yik kerana tidak pernah membelakangkan syariat dalam semua hal termasuk pendidikan.
“Namun sikap pihak tertentu yang memperlekehkan sekolah agama dan hari ini mereka melihat sendiri kejayaannya,” kata beliau. – mj _
Ayuh Pejuang!

Tak ubah seperti Yahudi!

Pejuang!
Taken from: Asyrafmuiz
Hari ini institusi pendidikan kita di bawah sebuah parti bernama UMNO, yang selepas pilihanraya lalu berhasrat untuk ingin terus relevan dalam kalangan orang Melayu telah meneruskan dan melakukan onar. Mereka khianat terhadap ulama yang mengembangkan bahasa Melayu. Khianat terhadap tok nenek mereka sendiri. Khianat terhadap sejarah bangsa sendiri. Dan bila khianat terhadap sejarah, mereka juga khianat tehadap masa depan bangsa. Kerana tidak ada masa depan yang terpisah dari masa lalu. Awak tidak peduli kalau kita sebagai sebuah bangsa terlungkup dan karam? Hilang jati diri? Sedang bangsa-bangsa lain kekal mempertahankan bahasa masing-masing. Tulisan Jawi kita telah hilang. Tetapi tulisan Cina dan India kekal dalam dakapan anak bangsanya.
Awak pedulikah, kalau saya katakan kedatangan penjajah secara tersusun telah mencabar kemuliaan bahasa Melayu. Dasar Inggeris sebelum kemerdekaan ialah pecah dan perintah dengan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa vernakular dalam sistem pendidikan yang berasaskan kaum. Bahasa Inggeris dimajukan sebagai bahasa pengantar sekolah elit untuk anak bangsawan. Saya tekankan kalimat ‘bangsawan’. Saya ingin mengingatkan anak-anak bangsawan yang kini memerintah UMNO supaya sedar diri.
Bahasa belahan dari jati diri bangsa telah kalian kerandakan. Kalian kerandakan. Roh para ulama dan sasterawan yang memperjuangkan bahasa sedang melaknat kalian dari kuburan.
Sedang melaknat kalian.
Yang ku Impikan!
Exam!
Kelihatan Cikgu S masuk ke dalam kelas,dan hari ini tidak seperti hari-hari yang lain. Setelah ‘merdeka’ dari ujian bulanan, kehadiran guru tersebut ke dalam kelas hanya disedari selepas beberapa minit oleh pelajar 5 sains Makkah.
Cikgu tersebut mengeluarkan kertas peperiksaan untuk ditanda dan diberi markah, dan rakan-rakanku mula mengerumuni guru subjek ‘chemistry’ tersebut untuk melihat markah masing-masing.
Baru ujian pertama untuk tahun 2009, namun aku…Ah, memang aku kecewa apabila melihat markahku, ternyata aku mendapat markah yang paling rendah dalam kelasku. hanya…..tak perlu aku nyatakan.
Kecewa, sungguh kecewa. Pada saat itu juga, aku berasa sungguh dengki akan rakan-rakan sekelasku.
Apakah aku harus menyalahkan diriku kerana tidak mendaftar untuk menghadiri kelas tuisyen di luar sekolah? Ah…Tuisyen, langsung tidak ada dalam fikiranku. Tambahan pula aku menyampah akan setengah kawan-kawanku yang menjadikan tuisyen sebagai platform untuk bercinta. Uwek! Aku sangat menyampah tatkala melihat telatah rakan sebilikku setiap kali dia menjawab panggilan ‘gewe’nya.
Setiap kali juga mulutku pantas menyebut perkataan ‘bbaso jate gelenya’ di dalam hati.
“Sesiapa yang melihat kemungkaran hendaklah diubah dengan tangannya, jika tidak berupaya hendaklah diubah dengan lisannya, dan jika tidak berupaya juga hendaklah diubah dengan hatinya dan yang sedemikian itu selemah-lemah iman.” (Hadis riwayat Muslim)
Ah, sesungguhnya aku benci! Benci! Dan sekarang aku sedar, aku tak perlu main-main lagi. Cukuplah aku me’lara’kan diri selama ini. Tanpa tuisyen, aku tetap boleh study! Yeah!
WE WILL NOT GO DOWN
A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive
They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze
We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight
Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right
But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze
We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight
Pertama kali dengar lagu ni ketika aku berada di stadium Kota Bharu, sempena Malam Cakna Palestin, we will not go down! lagu yangmembangitkan semangat!


Recent Comments